25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

COVID-19: Lima negeri catat lebih 100 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA merekodkan penurunan kes positif COVID-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,003 kes berbanding kelmarin, 2,302 kes sekali gus mengatasi 1,861 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu sebanyak 690 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (517), Sabah (113), Pulau Pinang (179), Perak (101), Negeri Sembilan (87), Johor (72) dan Melaka (56).

Lain-lain, Putrajaya (49), Sarawak (41), Kedah (38), Pahang (20), Terengganu (17), Kelantan (14), Perlis (7) dan Labuan, dua kes.

Pesakit COVID-19 yang diwadkan menurun kepada 456 orang berbanding kelmarin seramai 477 orang.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam pula kekal merekodkan 31 kes bersamaan jumlah semalam.

Bagaimanapun, jumlah pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 19 kes berbanding jumlah kelmarin, 18 kes.

Bagi kluster COVID-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak tujuh kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,019 kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam mencatatkan satu kematian COVID-19 berbanding kelmarin, tiada kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,746 kes.

Manakala, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,583 kes. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan