31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

16,000 hektar tanah diusahakan penanaman jagung bijirin – PM

Mesti Baca

LEBIH 16,000 hektar tanah akan diusahakan bagi penanaman jagung bijirin bagi sebagai langkah mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah bagi makanan ayam.

Menurut Perdana Menteri, untuk itu sebanyak 12,140 hektar tanah di Kelantan dan Terengganu telah dikenal pasti oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) untuk diusahakan tanaman tersebut.

Manakala Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pula, menurut beliau, telah mengenal pasti 4,000 hektar tanah lagi di seluruh negara bagi tujuan yang sama.

Beliau berkata, setiap hektar tanah tersebut mampu mengeluarkan 5 tan jagung bijirin dan menampung sebanyak 20 peratus daripada keperluan import jagung bijirin dalam tempoh lima tahun ini,” kata beliau.

“NAFAS dan ANGKASA akan lebih proaktif dalam industri penanaman jagung bijirin, bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan mentah untuk makanan ayam

“NAFAS menyasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran dengan pengeluaran sebanyak 144 juta ekor ayam setahun, manakala ANGKASA sebanyak 30 juta ekor setahun.

Baca juga:   Malaysia jana RM33.9 bilion dalam Expo 2020 Dubai

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Jemaah NAFAS dan Anggota Lembaga ANGKASA di Putrajaya hari ini.

Pertemuan tersebut bagi membincangkan mengenai langkah-langkah menjamin sekuriti makanan negara.

Ismail Sabri berkata, NAFAS dan ANGKASA juga terlibat dalam ekosistem industri ayam bermula daripada anak ayam, makanan ternakan, vaksin, reban, pusat pemprosesan, bilik sejuk beku, logistik, pusat pengedaran dan pemasaran sehingga bekalan sampai kepada pengguna.

Baca juga:   Kenyataan media Muhyiddin letak jawatan palsu - PMO

Katanya, inisiatif NAFAS dan ANGKASA itu selaras dengan saranan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh bagi meningkatkan hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam.

Perdana Menteri berkata, usaha NAFAS dan ANGKASA yang berskala besar tersebut diyakini dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap jagung bijirin bagi kegunaan makanan ayam.

“Saya yakin NAFAS dan ANGKASA berupaya membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga ayam dan bekalan makanan.

“Ini kerana NAFAS mempunyai seramai 1 juta ahli, manakala 7 juta ahli bernaung di bawah ANGKASA melalui 14,835 koperasi,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, ANGKASA juga diminta menerajui sektor koperasi dalam menangani kenaikan kos sara hidup.

Pada masa yang sama, katanya, langkah proaktif NAFAS dan ANGKASA ini juga mampu menstabilkan bekalan dan harga ayam di pasaran bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia. – Edisi 9

Baca juga:   Sakit belakang punca Zii Jia tarik diri

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan