22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Warga emas terpedaya ‘Love Scam’ rugi lebih setengah juta

Mangsa mengenai suspek yang dikenali sebagai Ding Nai Wei melalui aplikasi Facebook sejak September tahun lalu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG warga emas terpaksa berputih mata apabila terperdaya sindiket ‘Love Scam’ hingga mengalami kerugian sebanyak RM565,700 sepanjang tujuh bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, wanita berusia 68 tahun itu memaklumkan dia mula berkenalan dengan suspek dikenali sebagai Ding Nai Wei yang kononnya seorang doktor menerusi Facebook pada 16 September lalu.

Menurutnya, sepanjang tempoh perkenalan itu, mangsa memasukkan sejumlah wang melalui 69 transaksi ke atas 13 akaun bank berbeza bermula 4 Oktober hingga 21 Mei lalu.

“Suspek berjanji memberikan RM5 juta apabila bertemu mangsa sekiranya ke Malaysia.

Advertisements

“Namun mangsa yang menyedari ditipu lelaki berkenaan membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Osman berkata, susulan laporan itu, polis akan membuat permohonan kepada bank terbabit bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun bank untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan