34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Siasat segera isu buli doktor, bukan benda baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBUAH pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), MedTweetMY mahu kerajaan melakukan siasatan mengenai isu-isu kes buli membabit kalangan doktor yang telah tular dalam media sosial kebelakangan ini.

Ditambah pula, kejadian maut yang berlaku membabitkan seorang doktor pelatih di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat, Georgetown.

Susulan kejadian tersebut, Pengerusi MedTweetMY, Dr Khairul Hafidz Alkhair tampil mendedahkan kejadian buli tersebut tidak hanya terjadi dalam kalangan doktor junior sahaja malah di semua peringkat.

“Saya telah mendengar banyak aduan mengenai isu buli ini. Isu buli terjadi di kalangan MO (pegawai perubatan) dan juga pakar.

“Isu buli ini bukan isu baharu. Sudah banyak kali dibangkitkan oleh ramai pihak. Siasatan yang serius perlu dilakukan untuk mengetahui kebenarannya.

“Jika memang aduan itu berasas, tindakan yang setimpal perlu diambil. It is time we put an end to it. It is time we change this toxic environment once and for all.

“Sehubungan dengan itu, kami berharap YB Khairy Jamaluddin boleh mengambil perhatian akan isu ini dengan segera,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan bahawa akan menubuhkan sebuah pasukan khas bebas untuk menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih di Georgetown, Pulau Pinang.

Katanya, pasukan khas itu juga berfungsi menyiasat budaya buli yang didakwa berlaku.

“Polis sedang melengkapkan siasatan kes tersebut di samping beliau sendiri telah menerima laporan awal daripada ketua jabatan mangsa berkenaan.

“Saya telah menerima laporan awal mengenai kematian seorang doktor pelatih daripada Ketua Jabatan di Pulau Pinang. Polis juga sedang lengkapkan siasatan.

“@KKMPutrajaya (Kementerian Kesihatan) akan menubuhkan sebuat taskforce (pasukan khas) bebas untuk siasat kes ini dan budaya buli yang didakwa berlaku,” katanya dalam ciapan Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini, seorang doktor pelatih yang menjalani latihan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dilaporkan maut terjatuh selepas mayatnya ditemukan di pekarangan bangunan di Jalan Datuk Keramat, Georgetown, Pulau Pinang.-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan