30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Mayat warga emas ditemui mereput

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang warga emas ditemukan dalam keadaan mereput di rumah pusaka didiaminya di Kampung Londang, Alor Gajah di sini, kelmarin.

Mangsa berusia 63 tahun itu dipercayai telah meninggal dunia sejak sebulan lalu sebelum mayatnya ditemui oleh penduduk kampung pada hari raya keempat yang kemudian membuat laporan polis kira-kira pukul 6.30 petang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, hasil siasatan dan pemeriksaan tempat kejadian telah menemui mayat tersebut dalam keadaan mereput terbaring di atas lantai.

“Keadaan rumah tersebut seperti telah tidak didiami dan berselerakkan.

“Pemeriksaan fizikal pada tubuh badan si mati tiada sebarang kecederaan dan tiada sebarang senjata tajam dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pengecaman mayat itu bagaimanapun telah dibuat oleh isteri si mati dan dimaklumkan mangsa telah tinggal di rumah tersebut seorang diri sekitar Februari lalu.

“Kita percaya mangsa telah meninggal dunia antara dua hingga empat minggu berdasarkan proses pereputan.

“Menurut warisnya, sebelum ini si mati tinggal bersama anaknya di Seremban, namun pulang ke rumah pusakanya sekitar Februari lalu dan duduk seorang diri,” katanya.

Tambahnya lagi, pihaknya turut dimaklumkan si mati dan warisnya mempunyai perselisihan faham dan tidak berhubung sejak dia pulang ke kampung halaman.

Jelasnya, keadaan mayat yang telah mereput menyebabkan sebab kematian masih tidak dipastikan dan beberapa spesimen akan dirujuk ke Jabatan Kimia untuk dianalisa.

Arshad berkata, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan