24.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 31, 2023

Pegawai KPDNHEP disyaki terima suapan direman empat hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG Penolong Pegawai Penguat kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHEP) Timur Laut direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM3,000.

Ia dikatakan sebagai balasan untuk tidak mengenakan kompaun dan menyelesaikan kes yang sedang dalam siasatan KPDNHEP Pulau Pinang membabitkan kesalahan menyimpan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi melebihi kuantiti dibenarkan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tunku Intan Nadiah Tunku Mohammed Nazarin selepas Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Jayaraj membuat permohonan di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, hari ini.

Difahamkan, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan ketika menerima wang suapan berkenaan daripada pengadu di sekitar Bayan Baru dekat sini, lewat petang semalam.

Kes yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 itu dikatakan berlaku sejak tahun lalu dan pengadu berkenaan kemudian bertindak membuat laporan kepada pihak SPRM, awal bulan ini.

Baca juga:   Harga kit ujian kendiri COVID-19 turun di bawah RM10

Terdahulu, orang yang disiasat tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 10.30 pagi diiringi pegawai SPRM dan memakai baju lokap berwarna jingga.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Wanita dituduh bunuh bekas suami di ladang kelapa sawit

SEORANG wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah, hari ini, atas tuduhan membunuh pemandu e-hailing yang juga bekas...

Lagi Artikel Berkaitan