24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pas masih istiqamah dengan PN – Muhyiddin

Namun tidak halang sekiranya Pas mahu bekerjasama dengan MN atas prinsip penyatuan ummah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Pas masih teguh dan istiqamah untuk berada dalam perikatan itu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, perkara tersebut dinyatakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan pada Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak menghalang mana-mana parti di bawah PN untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional (MN) atas prinsip penyatuan ummah.

“Tak apa, kita tidak menghalang mereka (Pas sertai MN), akan sampai tahap nanti dapat keputusan muktamad. Jadi tak jadi atau sebagainya.

“Tapi disebut PN, kita (Bersatu dan Pas) masih dalam PN. Pas dalam pertemuan dengan saya pada hari raya baru-baru ini bersama presiden dan setiausaha agungnya menyatakan mereka beristiqamah dalam PN.

“Tapi apa Pa nak buat, ada usaha tertentu tak apalah. (Namun) kita tetap akan duduk semeja bincang apa yang terbaik untuk PN dan apa yang penting terbaik untuk negara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Putrajaya, hari ini.

Advertisements

Beliau yang juga Presiden Bersatu mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa parti itu akan terus menjalinkan kerjasama dengan UMNO kerana agenda penyatuan ummah adalah tunjang utama dalam MN.

Pada awal bulan ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mustahil MN diteruskan jika Pas terus memperlihat sikap talam dua muka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana parti PN untuk mengambil sebarang langkah untuk berpegang kepada prinsip penyatuan ummah.

“Kita dulu pun cuba MN, tetapi ditolak walaupun tidak dijawab secara rasmi. Jadi Pas yang nak ambil usaha berkenaan, sama ada itu akan berhasil atau tidak, itu Wallahualam.

“Saya tidak dapat memastikannya kerana kenyataan daripada pihak UMNO termasuk presidennya menyatakan bahawa sudah sampai masa, tidak akan ada lagi MN,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan