26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Aktiviti meriah Sambutan Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-15

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PADA setiap tahun, 16 Mei dipilih sebagai tarikh sambutan Hari Guru bagi menzahirkan ucapan terima kasih kepada golongan pendidik yang telah bertungkus-lumus mendidik anak bangsa.

Peredaran zaman dan teknologi, tidak pernah sedikitpun mengubah peranan dan tanggungjawab guru untuk membantu negara dalam proses membentuk kemenjadian murid dengan lebih berkesan.

Sesungguhnya, asas kemenjadian generasi masa hadapan terletak di bahu insan bergelar guru.

Bukan sekadar menabur ilmu di dalam kelas malah gurulah menjadikan persekitaran sekolah dapat memenuhi aspirasi pendidikan.

Jika tahun sebelum ini dan atas faktor Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sambutan hari guru menjurus kepada program yang diadakan secara dalam talian termasuk di media sosial namun kali ini, sambutan secara besar-besaran telah disusun rapi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meraikan para pendidik.

Bertemakan, “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 akan diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, Kelantan yang akan dirasmikan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Berikut adalah aktiviti yang berlangsung hari ini sehingga 16 Mei 2022 :

14 MEI 2022 (SABTU)

8.30 pagi – 5.00 petang Apresiasi Festival Guru Malaysia

8.30 pagi – 5.00 petang Demonstrasi Wau dan Gasing

8.30 pagi – 9.30 Pagi

• Persembahan Simfoni Tradisional

• Showcase (1) – JPN Kelantan Pendidikan Seni Visual Murid Bersama-sama Pemenang Peringkat Antarabangsa

9.00 pagi – 10.30 pagi Sesi Libat Urus Bersama-sama YBMK Pendidikan (Sesi 1)

10.00 pagi – 12.00 tengah hari • Pertandingan Mewarna Prasekolah Siri 3

10.00 pagi – 11.30 pagi

• Persembahan Kombo Guru

• Dikir Barat

• Angklong

• Simfoni Tradisional

10.30 pagi – 12.00 tengah hari Forum Pendidikan Dewan Tuanku Canselor

11.30 pagi – 12.00 tengah hari

• Persembahan Kombo Guru, Dikir Barat,Angklong, Simfoni Tradisional

• Persembahan Gamelan dan Dikir Barat

2.30 petang – 4.30 petang Anugerah Guru Inspirasi McDonalds

4.30 petang – 6.00 petang Ziarah Prihatin Pengurusan Tertinggi KPM Rumah Guru

Advertisements

Sesi Libat Urus Bersama-sama YBMK Pendidikan (Sesi 2)

• Pelaksanaan Pendekatan Menangani Isu Beg Berat di Sekolah

4.30 petang – 6.30 petang Raptai Perasmian Apresiasi Festival Guru Malaysia

5.00 petang Lawatan Jejak Warisan Kelantan

• Muzium Negeri • Perusahaan Batik • Industri Serunding

15 MEI 2022 (AHAD)

6.45 pagi – 8.30 pagi Kayuhan Ceria Hari Guru Bersamasama YBMK Pendidikan SK Sungai 2, Bachok ke UMK Kampus Bachok (7 KM)

8.30 pagi – 10.30 pagi Taklimat KPM, Apple, DELIMA 2.0 dan Aktiviti Explorace oleh Cyber Security Malaysia

8.30 pagi – 5.00 petang Demonstrasi Wau dan Gasing

8.30 pagi – 5.00 petang Apresiasi Festival Guru Malaysia

10.30 pagi – 12.00 tengah hari

• Persembahan Maskot Upin dan Ipin • Persembahan Kombo Guru • Persembahan Keroncong • Persembahan Gendang China • Sewang Orang Asli

10.30 pagi – 12.30 tengah hari

• Perasmian Apresiasi Festival Guru Malaysia • Penyampaian Anugerah Guru

2.00 petang – 4.00 petang Taklimat KPM dan Microsoft serta Cyber Security Malaysia

2.00 petang – 5.00 petang Raptai Sambutan Hari Guru

2.30 petang – 5.30 petang Sesi Libat Urus Bersama-sama YBMK Pendidikan (Sesi 3) • Tugas Pengoperasian Guru Di Sekolah

2.30 petang – 4.30 petang

• Persembahan Maskot Upin dan Ipin • Orkestra SM Sains Machang

5.00 petang Lawatan Jejak Warisan Kelantan • Perusahaan Batik • Industri Serunding Kota Bharu

15 MEI 2022 (AHAD)

MAJLIS MAKAN MALAM “SELUHUR KASIH SEKALUNG BUDI” ANJURAN SUK KELANTAN

Masa : 08.00 malam – 10.30 malam Tema Pakaian : Lelaki: Tempat : Hotel Grand Renai, Kota Bharu

16 MEI 2022 (ISNIN)

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-51 TAHUN 2022

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan