25 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 4, 2022

Pemandu lori kena tembak anggota kastam rupanya penjenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu lori ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, Johor Bahru, Johor selepas berlaku kejar-mengejar sejauh 20 kilometer dengan polis dan kastam di Jalan Danga Bay pada petang semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pegawai kastam meminta bantuan bagi menahan sebuah lori disyaki membawa muatan tidak bercukai kira-kira pukul 1.12 petang pada Khamis.

“Tiga unit kenderaan peronda serba guna (MPV) Iskandar Puteri telah dikerahkan ke lokasi dan pemandu lori telah melanggar salah sebuah MPV sehingga berlaku kerosakan di bahagian belakang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun begitu, katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan susulan indiden itu.

Beliau berkata, suspek telah ditahan selepas beberapa das tembakan dilepaskan oleh pihak kastam.

“Hasil penahanan tersebut polis merampas sebuah lori dengan muatan minuman keras dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 135 (1) (1) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca juga:   Adakan PRU-15, PRN Johor serentak elak pembaziran

Katanya, semakan terhadap pemandu lori tersebut turut mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah.

“Suspek direman selama 10 hari bermula hari ini sehingga 1 Mei bagi tindakan lanjut,” jelasnya.

Kamarul berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan jabatan kastam dalam memastikan ahli sindiket penyeludupan termasuk beberapa kumpulan tonto dibanteras kerana telah mengancam keselamatan dan mencabar pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas.

Baca juga:   Jangkitan 32 kali ganda babit golongan bawah 18 tahun

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan dengan mengubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fakhira Mat Radzi di talian 017-212 3370 atau ke balai polis berhampiran.

Terdahulu, tular beberapa das tembakan dilepaskan oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas sebuah lori cuba mengundur untuk melanggar kenderaan yang dinaiki anggota penguatkuasa itu. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Status warganegara anak ibu rakyat Malaysia fokus Azalina

STATUS kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu-ibu warganegara Malaysia antara tumpuan diberikan oleh Datuk Seri Azalina...

Lagi Artikel Berkaitan