32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 2, 2022

KPWKM laksana pemutihan rumah kebajikan swasta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BAGI memastikan semua rumah jagaan dan kebajikan kanak-kanak swasta berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tindakan pemutihan akan diaktifkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Susulan tindakan pemutihan yang dibuat itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya telah mengedarkan lebih 500 surat pekeliling.

Kata beliau, program itu sebenarnya telah dilaksanakan KPWKM sejak 2018, namun, sikap sambil lewa kebanyakan pengusaha premis rumah jagaan terbabit menyebabkan mereka tidak juga mendaftar sehingga kini.

“Untuk tahun ini, kita telah aktifkan semula penguatkuasaan bagi tujuan operasi pemutihan itu dalam jangka masa ditetapkan dan jika pihak berkenaan masih tidak mengikuti syarat, maka, mereka akan dikenakan tindakan.

“Kita mahu setiap pusat jagaan dan pusat asuhan kanak-kanak berdaftar supaya pegawai JKM dapat memantau keadaan semasa premis terbabit dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada kejadian tidak diingini,” katanya lapor Utusan.

Baca juga:   Slot janji temu lebih banyak daripada vaksin?

Siti Zailah berkata demikian bagi mengulas kes remaja sindrom Down bernama Bella yang mendapat perhatian seluruh negara apabila dikatakan didera dan diabaikan pengasas rumah kebajikan.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Muqarrabun Peringkat Negeri Kelantan 2022 di Pusat Tarbiyah Islamiah (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Datuk Mumtaz Md. Nawi.

Baca juga:   KPWKM teliti hukuman 100-150 hari khidmat masyarakat kes persenda OKU

Terkini

Tidak wujud dua kem dalam UMNO – Ismail Sabri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan wujudnya ‘dua kem’ dalam UMNO ketika ini seperti yang didakwa sesetengah...

Lagi Artikel Berkaitan