25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KEDA belanja RM6.4 juta santuni 10,350 peserta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) membelanjakan RM6.4 juta bagi membantu 10,350 pesertanya dalam pelbagai aktiviti bantuan ekonomi tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bantuan yang dihulur termasuk peralatan, infrastruktur dan program pembangunan keusahawanan.
 
“Bantuan ekonomi disalurkan melalui projek pertanian, ternakan dan perniagaan.
 
“Antara jenis bantuan yang diberikan adalah input pertanian seperti benih dan baja, jentera pertanian, bina kandang ternakan, mesin dan peralatan perniagaan, kursus kemahiran serta khidmat bimbingan usahawan,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Iftar Warga Desa KEDA di Pusat Komuniti Padang Kerasak, di sini semalam.
 
Turut hadir, Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Ghani@Zulkifli Zainuddin, Pengerusi KEDA, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Pengurus Besar KEDA, Kamarudin Abd Akib.

Jelas Mahdzir, KEDA melaksanakan bantuan ekonomi melalui tujuh program utama iaitu Program Tranformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PTDPK), Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB).

“Lain-lain, Projek Pembangunan Sawah, Program Keusahawanan Wanita, Program Transformasi Pembangunan Keusahawanan (EDEP), Program Pembangunan Kemahiran Untuk Komuniti B40 dan Program Pembangunan Semula Kawasan Terbiar (PSKT).
 
“Maklum balas yang diterima daripada peserta terlibat menunjukkan bantuan ekonomi ini memberi manfaat dalam peningkatan pendapatan isi rumah antara 30 hingga 40 peratus dan kita berharap kesemua peserta manfaatkan bantuan yang diberikan sebaik mungkin,”katanya.

Tambah Mahdzir, bantuan ekonomi yang diberikan kepada peserta dalam kalangan miskin luar bandar adalah langkah kerajaan untuk mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan.

Katanya, selain untuk membawa perubahan yang signifikan kepada lanskap kegiatan ekonomi kawasan luar bandar KEDA juga berperanan membantu dan melengkapkan aktiviti pembangunan di luar bandar membabitkan tiga aspek utama iaitu pembangunan fizikal, ekonomi dan modal insan.

“Ia sebahagian daripada inisiatif kementerian untuk merapatkan jurang perbezaan pembanguan antara luar bandar dengan bandar,” katanya.

Sementara itu, mengulas bidang pendidikan untuk mengubah nasib warga desa KEDA, Mahdzir berkata, ramai anak-anak desa KEDA telah mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam pendidikan.

“Ya, pendidikan boleh mengubah bukan sahaja dalam KEDA tapi masyarakat Melayu Bumiputera di luar bandar.

“KEDA ini kita buat rumah untuk kumpul orang kampung yang miskin tidak ada rumah dan mereka datang duduk dalam KEDA, dari situ mereka bina kesedaran dalam pendidikan dan kita tengok ada kejayaan dalam pendidikan sampai ke PHD,” jelas Mahdzir.

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan bantuan ekonomi bagi Program Transformasi Desa dan Pengupayaan Komuniti (PTDPK) dan Projek Pertanian Petani Luar Bandar (PPLB) kepada 10 penerima dari daerah Padang Terap.-Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan