27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Tembakan dilepaskan wajar, pegawai diancam bahaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUJUH das tempakan yang telah dilepaskan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke arah tayar sebuah lori membawa muatan arak tidak bercukai, adalah wajar dalam usaha untuk memaksa pemandu lori berkenaan memberhentikan kenderaan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, hal itu kerana tembakan berkenaan dilepaskan selepas terdapat ancaman keselamatan terhadap pegawai bertugas.

“Tindakan itu wajar kerana lori tersebut telah memberi ancaman, pemandu berhenti mengejut dan mengundurkan kenderaan sehingga merempuh kenderaan jabatan, jadi apabila diancam ada kewajaran untuk melepaskan tembakan.

“Difahamkan sejumlah tujuh tembakan telah dilepaskan dengan tiga kesan ditemui, satu daripadanya turut mengena tayar belakang lori tersebut tetapi ianya tidak pecah,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Kastam Johor, hari ini, lapor Kosmo!.

Abdul Latif berkata, lori 10 tan dengan muatan 22,400 liter minuman keras pelbagai jenama bernilai RM1.8 juta itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran terdekat di selatan tanah air untuk kegunaan pasaran tempatan.

Advertisements

“Kita juga masih siasat berapa lama tempoh sindiket ini telah beroperasi namun dipercayai mereka kembali aktif selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa pada 1 April lalu.

“Kita tidak menyangkal kemungkinan ada penglibatan pihak tertentu dan sekiranya dikenalpasti, tindakan tegas akan diambil,” katanya mengakui kedua-dua pintu sempadan antarabangsa di sini sering menjadi lokasi penyeludupan.

Menurutnya, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) dan Seksyej 136(a) Akta Kastam 1967 serta Seksyen 74(1)(d) Akta Eksais 1976.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata pihaknya berjaya menahan seorang pemandu lori berusia 44 tahun yang membawa muatan arak seludup itu di Jalan Tuas-Lima Kedai, Iskandar Puteri, kelmarin.

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan