25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Cadangan bentang RUU Antilompat Parti awal Jun depan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MESYUARAT Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan Rang Undang-Udang (RUU) Antilompat Parti dicadangkan diadakan awal Jun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada takwim yang ditetapkan dalam terma dan syarat Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) yang diluluskan penubuhannya Isnin lalu.

“Kemungkinan awal Jun, tetapi ia belum muktamad kerana kita perlukan persetujuan JPK dan Kabinet,” katanya seperti dilapor BH hari ini.

Isnin lalu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat meluluskan penubuhan JPK yang dianggotai 11 Ahli Parlimen dipengerusikan Wan Junaidi bagi meneliti dan menguruskan perkara berkaitan RUU Antilompat Parti.

Wan Junaidi menjelaskan penetapan tarikh mesyuarat khas Dewan Rakyat adalah prerogatif perdana menteri.

Advertisements

Katanya, tarikh mesyuarat khas baru itu mengambil kira masa yang diperlukan JPK untuk meneliti RUU dan undang-undang yang berkaitan.

“Saya sudah beri notis memanggil mesyuarat pertama esok (15 April) dan diedarkan takwim mengandungi maklumat beberapa mesyuarat perlu diadakan, semua ini perlukan persetujuan jawatankuasa terlebih dulu.

“Kita hanya boleh mencadangkan dan saya tidak boleh mengesahkan kerana jawatankuasa yang akan menentukan tarikh, berapa lama mesyuarat dan jika disetujui berkemungkinan kita boleh bentang ke Kabinet penghujung bulan ini.

“Sekurang-kurangnya sebulan masa diperlukan untuk jawatankuasa itu bermesyuarat dan selepas itu ada sesi dengan Jemaah Menteri dan jika diluluskan kita boleh bawa minggu pertama Jun,” katanya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan