24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tukang sebar video anggota APM ingkar arahan ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS telah menahan seorang lelaki dipercayai individu yang menyebarkan video ingkar arahan operasi tanah runtuh Taman Bukit Permai, dalam kejadian Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berkenaan ditahan ketika hadir memberi keterangan di IPD Ampang Jaya, semalam.

Menurutnya, suspek yang merupakan penyebar video viral tersebut bekerja sebagai pengawal keselamatan dan merupakan anggota sukarelawan APM telah hadir ke IPD Ampang Jaya kira-kira pukul 4.30 petang.

“Suspek bagaimanapun ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine serta memiliki aplikasi judi online dalam telefon bimbitnya.

“Suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang untuk permohonan reman dan dibenarkan reman selama tiga hari.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Mohamad Farouk berkata, manakala, suspek utama bagi kes video tular tersebut telah dipanggil dan diambil keterangan di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira pukul 8 malam semalam.

Menurutnya, lelaki berumur 38 tahun itu merupakan Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Jabatan Perdana Menteri yang dilantik sebagai Penolong Pesuruh Jaya Kehormat APM.

“Suspek telah dibenarkan pulang pada pukul 11 malam selepas keterangan selesai direkodkan.

Menurutnya, lima lagi individu terdiri daripada pegawai dan anggota APM Hulu Langat akan hadir ke IPD Ampang Jaya sekitar pukul 1 petang untuk dirakam keterangan hari ini.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan