30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sultan Johor terharu terima kad hari jadi buatan tangan 200 kanak-kanak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar terharu menerima kad hari jadi peribadi buatan tangan oleh kira-kira 200 kanak-kanak sempena hari ulang tahun keputeraan rasmi Baginda minggu lepas.

Ucapan ulang tahun istimewa itu merupakan inisiatif Paradigm Mall Johor Bahru, sebuah kompleks beli-belah di bawah WCT Malls Management Sdn Bhd, yang merupakan anak syarikat WCT Holdings Berhad.

Baginda dalam satu hantaran di Facebook berkongsikan kenangan manis berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kanak-kanak atas tanda ingatan ini. Saya akan menggantung kad ini di rumah saya sebagai ingatan kasih sayang kanak-kanak ini,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

Untuk rekod, acara kad hari jadi buatan tangan yang berjaya menarik penyertaan lebih 200 kanak-kanak dari pelbagai kaum di seluruh Johor Bahru itu merupakan sebahagian daripada ‘Festival Bangsa Johor’ selama sebulan bagi sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor.

Advertisements

Kanak-kanak mengambil masa kira-kira sejam di lobi pusat beli-belah pada 23 Mac lalu untuk melukis dan mencipta kad hari jadi untuk menyampaikan ucapan selamat hari lahir mereka kepada Baginda secara peribadi.

Lukisan terbaik kemudiannya ditempatkan ke dalam kotak hadiah khas dan diserahkan secara terus kepada Baginda.

Sultan Ibrahim jelas terkejut dan gembira menerima ucapan istimewa daripada kanak-kanak berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan