27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

KKM bawa usul aplikasi MySejahtera di Dewan Negara Khamis ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membawa usul berkaitan isu aplikasi MySejahtera di Dewan Negara pada 31 Mac ini.

Iaa berikutan katanya, timbul pelbagai pertikaian termasuk syarikat yang dilantik mengendalikan aplikasi itu.

“Oleh itu, usul itu nanti diharap dapat menjelaskan tentang kekeliruan yang berbangkit.

“Jadi, sekarang ini ia dalam proses untuk membawa kepada perkara ini untuk dijadikan kontrak rasmi yang sedang dibuat dan saya telah setuju supaya usul tersebut dibawa ke Dewan Negara pada 31 Mac ini.

“Oleh, kerana terlalu banyak pertikaian saya memohon supaya Yang Dipertua Dewan Negara membenarkan satu usul untuk dibahas pada hari Khamis nanti.

“Saya akan menjawab semua soalan nanti supaya tiada lagi isu. Bukan mereka (pihak yang mempertikaikan) tidak tahu dan tidak baca sepenuhnya namun, masih terus bangkitkan isu yang sama.

“Tetapi tidak mengapalah saya faham ini isu penting dan melibatkan data peribadi dan sebagainya, lebih baik saya jawab dalam Dewan Negara nanti,”katanya, lapor Utusan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja dan melawat tapak pembinaan bangunan tambahan di Hospital Port Dickson hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menjelaskan, aplikasi MySejahtera masih lagi relevan dan berfungsi bagi memaklumkan kepada pengguna sama ada mereka menjadi kontak rapat atau sebaliknya.

“Negara masih berada dalam peralihan ke fasa endemik walaupun ia agak jauh lagi dan sekarang masih ada ribuan jangkitan COVID-19 setiap hari.

“Oleh itu, aplikasi MySejahtera masih lagi berfungsi untuk memberitahu kepada pengguna MySejahtera sekiranya mereka telah menjadi kontak rapat.

“Takkan pengguna tidak mahu tahu lokasi yang kita check in MySejahtera itu ada kes positif atau menjadi kontak rapat dan kontak kasual.

“Oleh sebab itu, Kementerian Kesihatan akan mengekalkan aplikasi MySejahtera mungkin dalam sebulan dua lagi dan apabila keadaan bertambah stabil, mungkin itu pada waktu sesuai hentikan penggunaan MySejahtera,” katanya.

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan