32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Sultan Johor kurnia darjah, bintang kebesaran

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda.

Baginda Tuanku Sultan mengurniakan DMIJ, yang membawa gelaran Dato’, kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar @ Ja’afar; dan Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku Sultan itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada hari ini.

Advertisements

Berangkat sama, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Turut berangkat, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Selain itu, Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Noor, Setiausaha Bahagian, ICT@Johor, YM Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan