31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Siasatan kes konvoi kereta mewah hampir lengkap, serah kepada TPR

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIASATAN berhubung kes konvoi kereta mewah yang menghalang laluan di Kilometer 34, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Sedenak, Kulai, Jumaat lalu, hampir selesai dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk langkah selanjutnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, berhubung kes melibatkan konvoi kenderaan mewah dan sebuah kenderaan pacuan empat roda itu, polis sudah selesai mengambil keterangan kesemua pihak terlibat.

“Kes akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk langkah selanjutnya.

“Buat masa ini siasatan dijalankan melibatkan tiga elemen iaitu kerana merusuh, menghalang lalu lintas dan pemandu pacuan empat roda berkenaan ada buat laporan polis mengatakan dia dipukul dan ditumbuk, itu pun kita siasat,” katanya lapor Kosmo!.

Beliau berkata, pihak polis telahpun mengambil keterangan seramai 11 individu yang terlibat dalam isu konvoi kereta mewah tersebut.

“Antara yang turut diambil keterangan termasuklah pemandu kenderaan Ford Ranger yang merupakan seorang wanita berusia 28 tahun,”katanya.

Terdahulu, media melaporkan tindakan konvoi kereta mewah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya mendapat kecaman pengguna media sosial.

Sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu telah dirakam seorang pengguna TikTok sebelum dikongsi di Facebook Dash Cam Owner Malaysia.

Menerusi ruang komen mendapati, orang ramai berang dengan tindakan pemandu-pemandu tersebut yang dianggap membahayakan pemandu lain.

Tindakan konvoi itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan