36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari Polis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Polis ke-215 kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk veteran dan pesara polis.

Seri Paduka menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga PDRM atas khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan dalam memikul amanah dan tanggungjawab memelihara keamanan negara dan rakyat Malaysia.

Baginda turut menyanjung tinggi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga dan pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan tanpa mengira penat lelah, masa dan situasi.

“Semoga warga PDRM akan terus kental dan bersemangat memberi khidmat demi menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia,” titah Al-Sultan Abdullah.

Baginda bertitah dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Facebook Istana Negara hari ini.

Dalam hantaran sama, baginda turut mendoakan agar seluruh warga PDRM dirahmati dan dilindungi Allah SWT daripada segala bentuk ancaman dan musibah serta para pahlawan negara yang telah terkorban ditempatkan bersama para solihin.- Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan