34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Pengawal keselamatan didakwa bunuh wanita

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh penyelia kedai buku sebuah sekolah menengah di Cheras yang mayatnya ditemukan dalam keadaan rentung, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhamad Yusri Latiff, 35, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Pengakuan tidak direkodkan di peringkat Mahkamah Majistret berikutan kes bunuh memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Yusri didakwa membunuh Fong Hsu Kei, 25, di sebuah bilik bengkel Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mulia, Jalan Budiman 19, Taman Mulia, Cheras di sini antara pukul 1.45 petang dan 5.30 petang pada 12 Mac lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Phulrani Kaur manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Mei ini untuk sebutan kes.

Pada 14 Mac lalu, media melaporkan suspek yang ditahan berhubung penemuan mayat dalam keadaan rentung disyaki dibunuh di dalam bilik bengkel, sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras akan direman bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, hasil siasatan mendapati mangsa yang berusia 25 tahun bekerja sebagai penyelia kedai buku di sekolah terbabit sejak Februari lalu.

-EDISI9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan