31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

51,631 kes penipuan belian secara online, kerugian RM1.6 bilion

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 51,631 kes direkodkan kerajaan membabitkan kerugian RM1.6 bilion bagi penipuan pembelian dalam talian dalam tempoh 2019 hingga 2021.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yasin berkata, kes pembelian dalam talian untuk tempoh dua tahun itu adalah yang tertinggi berbanding kes-kes lain iaitu sebanyak 18,857 kes diikuti 15,546 kes melibatkan pinjaman tidak wujud.

Bagaimanapun menurutnya, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memerangi sindiket penipuan dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan menjalankan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat.

“Kerajaan juga mewujudkan saluran akaun Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai skim pelaburan tidak wujud ini.

“Satu portal juga telah dibangunkan oleh PDRM bagi memudahkan orang awam membuat semakan nombor telefon sindiket atau akaun-akaun bank digunakan sindiket dalam urusan penipuan dan ia boleh dicapai melalui pautan CCID portal,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan oleh Su Keong Seong (PH-Kampar) supaya kerajaan memperincikan statistik kes-kes penipuan pembelian dalam talian dan langkah menangani isu tersebut.

Jonathan juga menyatakan kerajaan menjalankan pelbagai kempen bagi meningkatkan kesedaran orang ramai termasuk sesi wawancara bersama Pegawai Kanan Polis, Khutbah Jumaat Khas manakala High Profile Policing (HPP) dan Meet & Greet akan dilaksanakan di semua peringkat kontinjen dengan kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Bagaimanapun menurut Jonathan, pihak berkuasa menghadapi kesukaran untuk mengesan pihak terlibat dalam jenayah itu kerana sentiasa menggunakan akaun bank berlainan.

“PDRM akan terus bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi memastikan perkara itu dapat dibendung.

“Kita juga akan mengkaji sama ada terdapat keperluan untuk tambah baik akta berkaitan supaya dapat tangani pelbagai jenis jenayah terbaru yang berlaku dalam negara,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan