26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Mohd Izzat menang pemilihan jawatan Presiden MBM

Akan menerajui gabungan pertubuhan belia seluruh Malaysia itu bagi tempoh dua tahun menggantikan Jufitri Joha yang tamat tempoh.

Mesti Baca

MOHD Izzat Afifi Abd Hamid dari Majlis Belia Negeri Pahang berjaya merebut jawatan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam pemilihan kepimpinan baharu pertubuhan itu, petang semalam.

Beliau menewaskan Mohd Ridhwan Mohd Ali dari Gerakan Belia 4B Malaysia dalam pertembungan satu lawan satu bagi merebut jawatan itu bagi sesi 2022-2024 di Subang Jaya, Selangor.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Mohd Fairos Rusli dari Majlis Belia Negeri Sembilan berjaya menewaskan Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dari Majlis Belia Selangor.

Seramai 385 perwakilan yang mewakili 41 anggota gabungan layak mengambil bahagian dalam pemilihan jawatankuasa itu kali ini.

Penyandang jawatan Presiden, Jufitri Joha berkata, pemilihan pucuk pimpinan MBM kali ini amat penting kerana ia merupakan tempoh terakhir sebelum Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia 2007 (Akta 668) dikuatkuasakan.

Beliau yang menjawat jawatan itu selama dua penggal iaitu pada 2018-2020 dan 2020-2022 berkata, di bawah akta tersebut semua kepimpinan belia di negara ini perlulah berusia di bawah 30 tahun.

Katanya, beliau sebelum ini telah menggalas tanggungjawab yang berat dan menguji kekuatan badan induk belia itu mendepani situasi besar landskap politik negara ditambah pandemik Covid-19 yang memberi kesan kepada pergerakan belia.

“Fokus MBM dan badan gabungannya terus membantu rakyat khususnya golongan muda yang berdepan kesukaran akibat pandemik melalui aplikasi maya seperti webinar peluang pekerjaan, dana perniagaan, latihan kemahiran, keusahawanan agro pertanian dan ternakan dengan kolaborasi kementerian, agensi, NGO dan pihak swasta,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:   DAP sudah buat pemilihan parti, UMNO pun boleh
Baca juga:   PM jamin mangsa penipuan kerja di luar negara dibawa pulang

Beliau berkata, pada masa sama, MBM dan badan gabungannya turun padang menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan melalui sumbangan ‘prosperity box’ yang diterima dari kedutaan Besar China di Malaysia hasil hubungan baik MBM dengan pihak kedutaan.

Selain itu, katanya, MBM tidak ketinggalan dalam bertindak balas terhadap isu dan permasalahan belia nasional serta global.

“MBM juga terlibat aktif dalam penyediaan Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 yang akan menjadi panduan kepada pergerakan belia mendepani alaf akan datang.

“MBM juga terlibat secara aktif dalam agenda gerak kerja Undi18 melalui advokasi dan kempen kesedaran mengundi kepada generasi muda khususnya yang pertama kali mengundi,” katanya.

Beliau berkata, program-program kesukarelaan, kepimpinan dan kemasyarakatan menjadi agenda berterusan MBM dalam melahirkan golongan belia yang berkualiti, lebih tinggi dan berwibawa seterusnya mampu mengambil alih kepimpinan Negara satu hari nanti.

Justeru, jelas beliau, MBM bersama rakan strategiknya iaitu Kementerian Belia dan Sukan akan terus menerajui usaha melindungi hak-hak dan memperjuangkan kepentingan generasi muda di negara ini.

“MBM juga bersedia meneroka wilayah baru dengan semangat, keazaman dan pendekatan yang lebih jitu.” katanya.

Senarai penuh Jawatakuasa Kerja MBM Sesi 2022-2024:

  • Pengerusi Tetap – Muhammad Fadzli Hassan (Majlis Belia Felda Malaysia)
  • Timbalan Pengerusi Tetap – Gan Chee Wei (Persatuan Belia Buddhist Malaysia)
  • Presiden – Mohd Izzat Afifi Abd Hamid (Majlis Belia Negeri Pahang)
  • Timbalan Presiden – Mohd Fairos Rusli (Majlis Belia Negeri Sembilan)
  • Naib-Naib Presiden:
    • Syed Osman Mohamed (Pergerakan Belia India Muslim Malaysia)
    • Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung)
    • K. Gobi (Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia)
  • Setiausaha Agung – Hasnul Haniff Harun (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
  • Bendahari Kehormat – Mohd Izham Ahmad (Majlis Belia Negeri Terengganu)
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja:
    • Mohamad Syahir Mohd Yusof (Majlis Belia Selangor)
    • Syed Mohammed Naquib Syed Abdul Rahman (Majlis Belia Wilayah Persekutuan)
    • Nor Mohamad Shawaluldin Abdul Malik (Majlis Belia Negeri Johor)
    • Amir Syarifuddin Abdul Majid (Majlis Belia Negeri Kedah)
    • Siti Sobrinah Tassim (Majlis Belia Sabah)
    • Ng Chor Eng (Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia)
    • Ibnu Rasyeed Mat Isa (Majlis Belia Negeri Perak)
    • Siti Nor Hasyyati Abdul Rahman (Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia)
    • Eow Shiang Yen (Majlis Belia Negeri Perak)
    • Mohd Ismail Mahyuddin (Persatuan Asrama Belia Malaysia)
    • Mohd Fauzi Fadzil (Angkatan Belia Islam Malaysia)
    • Ahmad Farhan Rosli (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
Baca juga:   UMNO berjaya dapat penangguhan pemilihan parti
Baca juga:   Polis sahkan video tular pergaduhan pelajar di stadium

Majlis penutupan perasmian Mesyuarat Persidangan Tahunan MBM itu dijangka disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan