Thursday, July 23, 2026

Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi bagi bulan 24 Mac ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi pada 24 Mac ini bermula pukul 9 pagi sehingga pukul 1 petang.

Hari Bertemu Pelanggan KPLB dan Agensi ini dilaksanakan secara dalam talian bagi membudayakan norma baharu selain mampu mempermudahkan urusan orang ramai untuk berhubung dengan pihak kementerian dan agensi.

Antara agensi-agensi KPLB yang akan terlibat secara langsung adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun
Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Agensi lain pula ialah FELCRA Berhad, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

Sehubungan itu, individu yang berminat boleh melayari laman sesawang epelanggan KPLB di
https://epelanggan.rurallink.gov.my untuk berinteraksi bersama KPLB.

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan