32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

63 syarikat seleweng subsidi minyak masak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan 63 syarikat menjalankan kegiatan penyelewengan subsidi minyak masakan membabitkan cukai tidak berbayar sebanyak RM200 juta.

Difahamkan, LHDN mengesan syarikat berkenaan menerusi Operasi Subsidi Minyak Masak (OP Saji) yang dijalankan bermula Isnin lalu hingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi, berkata ia membabitkan 44 syarikat yang kurang lapor pendapatan serta 19 lagi syarikat tidak mempunyai fail cukai.

Menurutnya, jumlah RM200 juta itu membabitkan pendapatan kurang lapor yang dianggarkan sebanyak RM1bilion kesan daripada aktiviti penyelewengan subsidi membabitkan Tahun Taksiran 2018 sehingga 2020.

“Antara modus operandi penyelewengan subsidi minyak masak ini adalah syarikat berkenaan mendapatkan bekalan bersubsidi daripada syarikat pembekal dengan menggunakan lesen lain untuk dijual pada harga pasaran.

“Selain itu, syarikat berkenaan mengupah pihak ketiga bagi menguruskan pemindahan minyak masak bagi tujuan penjualan ke luar negara dan syarikat menuntut subsidi tetapi tiada sebarang penjualan minyak masak paket,” katanya dalam Sidang Media Khas, hari ini.

Ujar Mohd Nizom lagi, turut dikesan ialah kewujudan pemborong palsu bagi tujuan tuntutan subsidi sedangkan pemborong berkenaan adalah pihak syarikat itu sendiri.

Menurutnya, OP Saji dijalankan selepas terdapat beberapa pendedahan mengenai kegiatan penyelewengan berkenaan dan stok minyak masak paket yang semakin berkurangan dalam pasaran.

“Ada rungutan mengenai minyak masak subsidi ini, jadi kita dapatkan senarai syarikat yang menerima subsidi kerajaan. Sepatutnya dengan subsidi yang dikeluarkan minyak masak bersubsidi seharusnya cukup untuk dijual di pasaran,” katanya.

“Ketika OP Saji itu dijalankan, kita mengesa terdapat syarikat yang menggunakan kuota bersubsidi pihak lain serta menjualnya secara haram dan ada syarikat yang tidak melaporkan penjualan minyak bersubsidi.

Malah, menurut beliau, terdapat juga syarikat yang menjual minyak bersubsidi kepada orang tengah sebelum ia dijual secara haram dan syarikat tidak menggunakan sepenuhnya kuota pembungkusan yang diberikan tetapi menuntut bayaran subsidi penuh.

Selain itu Mohd Nizom menyatakan terdapat kilang yang menerima kuota subsidi berkenaan namun tiada aktiviti pembungkusan untuk minyak berkenaan dijalankan.

“Kilang menerima kuota subsidi tetapi tiada mesin pembungkusan minyak subsidi di premis berkenaan, kilang menerima kuota subsidi namun premis berkenaan sudah ditutup serta kilang menerima kuota subsidi tetapi kapasiti pengeluaran meragukan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan