32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Aktiviti sukan, kokurikulum luar bilik darjah dibenarkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKTIVITI sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah akan dibenarkan mulai sesi akademik 2022/2023, yang akan bermula Isnin ini.

Kebenaran itu bagaimanapun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.

Beliau berkata, garis panduan dan aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 berhubung kebenaran itu akan diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam masa terdekat.

“Sudah pasti ini berita gembira buat anak-anak kita yang selama ini hanya berada dalam bilik darjah sahaja.

“Kita ingin memberi peluang kepada murid dan guru untuk membiasakan diri dengan fasa transisi hidup bersama virus COVID-19 sebelum beralih ke fasa endemik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan (KPM), di sini, hari ini/

Sementara itu, merujuk pada rancangan penyediaan lokar di sekolah rendah bagi menangani isu beg murid yang berat, Radzi berkata, KPM dalam proses mengenal pasti spesifikasi lokar, jenis dan kualiti terbaik bagi membolehkan ia digunakan untuk jangka panjang.

“KPM sedang berusaha menjalankan proses pemasangan secepat mungkin setelah kita kenal pasti lokasi sesuai di kawasan sekolah, namun ada tata cara serta proses yang perlu dipatuhi,” katanya.

Pada 6 Mac lalu, Radzi mengumumkan penyediaan lokar di sekolah rendah yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun ini sebagai pendekatan menangani isu beg murid yang berat. – Bernama

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan