25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sindiket cetak, jual cuti sakit palsu tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menumpaskan kegiatan satu sindiket pencetakan dan penjualan sijil cuti sakit palsu yang aktif sejak dua tahun lalu dalam empat serbuan berasingan di Shah Alam, Selangor.

Dalam serbuan bermula pukul 10.30 malam semalam sehingga 1.30 pagi hari ini telah menahan empat suspek termasuk dua wanita berusia 22 hingga 35 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor, Asisten Komisioner Azman Ali berkata, kejayaan itu hasil risikan pihaknya dengan penangkapan dilakukan di sekitar Seksyen 7, Seksyen 17 dan Taman Sri Muda.

Katanya, suspek-suspek tersebut didapati bertindak sebagai ejen dan pembuat serta pencetak sijil cuti sakit berkenaan.

“Dalam serbuan sebuah rumah di Seksyen 17 telah merampas 62 keping sijil cuti sakit palsu dan masing-masing sebuah set komputer dan mesin cetak.

“Selain itu, lima buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua keping kad mesin pengeluaran automatik bank, dua keping kertas putis bertulis jumlah pembayaran pelanggan dan sebungkus kertas A4 berwarna peach,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, modus operandi sindiket adalah menjual sekeping sijil cuti sakit palsu pada harga RM40.

Advertisements

Tambahnya, pembeli perlu memberikan butiran diri dan tarikh untuk cuti sakit serta dari klinik mana yang diperlukan.

“Bayaran bagi setiap sijil cuti sakit palsu dimasukkan ke dalam akaun sindiket dan runner atau ejen akan menghantarnya kepada pembeli.

“Sindiket didapati telah menjalankan aktiviti mereka sejak awal tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pertama dilaksanakan di negara ini,”katanya.

Azman berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek yang ditangkap tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Kesemua suspek kini direman selama empat hari dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun, “katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, polis menyarankan agar mana mana pihak sama ada hospital kerajaan, swasta atau syarikat yang pernah menerima sijil cuti sakit palsu tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan