28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KTMB tawar perkhidmatan percuma tren DMU Gemas-Kuala Lipis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menawarkan perkhidmatan tren percuma Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan ke Kuala Lipis, Pahang.

Promosi selama tiga hari bermula 21 Februari ini bersempena pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU berkenaan yang dijadualkan 24 Februari ini.

Menerusi akaun sosial rasmi KTMB, operator rel kebangsaan itu memaklumkan, pengguna boleh mendapatkan tiket percuma tersebut dari kaunter tiket stesen sahaja.

“Rebutlah peluang ini untuk merasai sendiri pengalaman menaiki tren DMU tanpa dikenakan bayaran dengan hanya menggunakan kod promo JOYRIDEDMU,” katanya, lapor Utusan.

Pengguna turut diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, namun ia masih terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc yang difahamkan sebagai prosedur operasi standard bagi pematuhan pengawalan Covid-19 selain demi memastikan penumpang berasa selesa sepanjang perjalanan itu.

Advertisements

KTMB bagaimanapun sudah membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan sejak semalam bagi kesemua trip tren tersebut yang akan bermula pada 24 Februari.

Sebelum ini, operasi DMU telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong pada 11 April 2021.

Beliau menaiki tren itu dari Wakaf Bharu ke Tumpat di Kelantan.

Ia bakal mengambil alih perkhidmatan sedia ada, KTM Antara Bandar laluan Pantai Timur secara berperingkat dengan fasa pertama meliputi stesen Tumpat-Gua Musang-Kuala Lipis.

Selepas fasa kedua ini, DMU yang menggunakan tren Kelas 61 buatan China, dilanjutkan lagi untuk fasa terakhir melibatkan laluan antara stesen Gua Musang dan Mentakab di Pahang.

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan