30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Al-Jufferi sedia berdepan cabaran dunia hiburan, gosip

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

JUARA dunia tiga kali dalam sukan pencak silat, Al-Jufferi Jamari sedia berhadapan dengan cabaran dalam dunia hiburan serta gosip selepas bergelumang selama 13 tahun dalam sukan tersebut.

Dia yang kali pertama terjun dalam dunia perfileman sebagai peneraju utama filem Syahadan percaya ‘lautan’ yang bakal diharunginya dalam dunia hiburan tidak sehebat dalam sukan silat.

Justeru, dia percaya apa sahaja rintangan yang bakal dihadapinya selepas ini termasuk gosip akan dapat dihadapinya.

“13 tahun saya sudah bergelar atler silat di Malaysia. Kontroversi dalam sukan silat lebih hebat. Saya merasakan gosip dan cabaran dalam dunia hiburan saya mampu hadapi.” katanya.

Al-Jufferi ditemui semasa tayangan perdana filem Syahadan di TGV One Utama, baru baru ini.

Dia yang telah meraih pelbagai gelaran di peringkat dunia berkata, tawaran yang dihulur kepadanya itu disambut kerana memikirkan tidak ramai pelakon aksi terutama dalam seni membela diri di negara ini.

Tambahan pula katanya, filem Syahadan ini mahu mengangkat seni pencak silat ke persada dunia melalui layar perak, yang jarang-jarang difikirkan oleh penerbit filem lain.

Advertisements

Filem pertama Trilion Marketing Sdn. Bhd arahan Datuk Dr Fairus Hussain itu diterbitkan dengan kerjasama Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam memartabatkan seni silat ke layar perak.

Poster filem Syahadan dan senarai 41 tayangan di pawagam seluruh negara.

Selain itu penampilan khas Presiden Pesaka, Datuk Wira Megat Zulkarnain dan barisan atlet pesilat Majlis Sukan Negara (MSN), Taqiyuddin Hamid, Sazzlan Yuga, Nashrul Ezam, Syafiq Ibrahim dan Shukrillah Badrilah bagi menguatkan lagi filem tersebut.

Syahadan mengisahkan seorang remaja yang menjadi mangsa buli yang kemudian mempelajari teknik dan gaya persilatan Melayu untuk mempertahankan diri.

“Matlamat kami adalah untuk memartabatkan silat sebagai sebuah institusi pendidikan masyarakat Malaysia khususnya pembentukan jati diri golongan muda selain membendung masalah sosial melibatkan gangsterisme dalam kalangan mereka” jelas Fairus Hussain.

Jelasnya, lagi pembikinan filem ini adalah 100 peratus menggunakan tenaga kerja baharu bermula daripada penulis skrip, penerbit, pengarah, pelakon, dan anak-anak silat pelbagai perguruan bergabung menjayakan filem ini dengan dana persendirian.

Filem yang mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) turut akan melangkah ke sekuel kedua penggambaran yang akan dirancangkan penggambarannya di negara Turki.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut mencemar duli berangkat ke tayangan perdana filem tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan