33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Penggunaan katil ICU di Johor, Kelantan lebih 50 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Penggunaan katil bagi kes kritikal atau unit rawatan rapi (ICU) pesakit COVID-19 di Johor dan Kelantan semakin bertambah melebihi 50 peratus setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan rekod, penggunaan katil ICU bagi pesakit Covid-19 di Johor mencapai 65 peratus manakala di Kelantan 50 peratus.

“Ia membabitkan seramai 30 bilangan pesakit bagi Johor dan seramai 18 pesakit bagi Kelantan.

“Dua negeri lain iaitu Selangor dan Melaka, semakin menghampiri pengisian katil kes kritikal 50 peratus dengan  masing-masing merekodkan kadar penggunaan 38 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata,sembilan negeri menunjukkan peratusan pengisian kurang daripada 50 peratus bagi pengisian katil bukan ICU.

“Terdiri, Perak (99 peratus), Kelantan (96 peratus), Selangor (93 peratus), Perlis (93 peratus), Putrajaya (85 peratus) dan Kuala Lumpur (84 peratus).

“Lain-lain, Johor dengan 80 peratus, Sabah (79 peratus), dan Pahang (51 peratus).

“Dalam pada itu, lapan negeri merekodkan peratusan pengisian melebihi 50 peratus pengisian katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) iaitu Perak dengan 74 peratus, Negeri Sembilan (73 peratus), Selangor (71 peratus), Terengganu (60 peratus), Kelantan (59 peratus), Sabah (58 peratus), Kedah (51 peratus), dan Pulau Pinang (50 peratus).

“Bagaimanapun, pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) meningkat kepada 141 pesakit dan peratusan penggunaan ventilator 36 peratus,”katanya.

Berkaitan status terkini bilangan kemasukan pesakit COVID-19 harian, beliau berkata, semalam sahaja, seramai 1,469 bilangan kemasukan pesakit harian berdasarkan kategori ke hospital awam.

“Daripada 1,469 kes berkenaan, sebanyak 522 kes (35.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan sebanyak 947 kes (64.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Katanya, KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital berbanding kes COVID-19 kategori 1 sehingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari.

“Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19.

“Misalnya semasa didiagnosa, mungkin seseorang pesakit tersebut adalah pada kategori 2A dan diisolasi di rumah menggunakan digital Home Surveilance Order (HSO), namun kesihatan beliau merosot ke kategori 3 lalu memerlukan kemasukan ke hospital,”katanya.

Sementara itu, mengenai kes baharu harian pula katanya, sebanyak 26,701 kes baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah kes kumulatif mencecah 3,138,215, sekaligus mengatasi kes sembuh dengan 11,744 kes dilaporkan.

“Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada hari ini sebanyak 118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, sebanyak 26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Katanya, daripada pecahan kategori kes Kategori 1 : 6,103 kes (22.86 peratus); Kategori 2 : 20,480 kes (76.70 peratus); Kategori 3 : 77 kes (0.29 peratus); Kategori 4 : 19 kes (0.07 peratus); dan Kategori 5 : 22 kes (0.08 peratus).

“Daripada 118 kes COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 yang baharu dilaporkan mendapati, 22 kes (18.6 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi; 71 kes (60.2 peratus) telah menerima dua dos vaksin COVID-19; 25 kes (21.2 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Sementara itu, 53 kes (44.9 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas; 49 kes (41.5 peratus) mempunyai comorbid; empat kes (3.4 peratus) adalah kes ibu mengandung dan 10 kes (8.5 peratus) telah meninggal dunia, termasuk 2 (1.7 peratus) kes brought-in-dead (BID),”katanya. – Edisi 9

Terkini

Isu kalimah Allah tidak boleh dipandang remeh – Tunku Ismail

ISU kalimah Allah pada stoking yang dijual oleh rangkaian kedai serbaneka tidak boleh dipandang remeh, titah Pemangku Sultan Johor,...

Lagi Artikel Berkaitan