34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

18,277 kes COVID-19 babitkan ibu hamil – Dr Noor Hisham

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEJUMLAH 18,277 kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil telah dilaporkan di Malaysia sejak Mac 2020 sehingga Januari 2022.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan ini merupakan 0.64 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi jangkitan COVID-19 yang dilaporkan bagi tempoh yang sama.

“Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022

“Sejak pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, sejumlah 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19, dimana kesemua kematian dilaporkan berlaku pada tahun 2021.

“Bagaimanapun, pada tahun ini, iaitu sehingga 15 Februari 2022; tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagi tahun 2021, kemuncak bagi kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan COVID-19 ialah pada bulan Julai (31 kes), Ogos (77 kes), dan September (44 kes).

“Kes kematian semakin menurun pada bulan Oktober (12 kes), November (3 kes), dan tiada kes kematian bagi Disember 2021.

“Analisa data kematian menunjukkan 79 peratus daripada kes kematian tidak menerima vaksin COVID-19 manakala sebanyak 83 peratus daripada kes kematian mempunyai komorbid.

“Selain itu, masalah berat badan (berat badan berlebihan atau obesiti) juga merupakan faktor risiko yang kerap dilaporkan,”katanya. 

Ujar beliau, salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 ialah liputan vaksinasi yang tinggi (94.7 peratus) dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021.

“Berdasarkan pencapaian kempen Ibunisasi, data sehingga akhir Oktober 2021 menunjukkan sebanyak 94 peratus daripada ibu hamil yang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19 telah  menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan daripada jumlah tersebut, 91 peratus telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19,”katanya.- Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan