24.3 C
Kuala Lumpur
Friday, January 17, 2025

Gapena sambut baik guna bahasa Melayu di luar negara tapi…

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GABUNGAN Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) hari ini menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggunakan bahasa Melayu dalam acara rasmi di peringkat antarabangsa.

Ketua Satu Gapena, Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, langkah itu meletakkan kedaulatan, kemuliaan dan kedudukan bahasa Melayu di persada dunia.

Bagaimanapun beliau bimbang apabila masih ramai rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun ia adalah bahasa kebangsaan negara.

“Imej warganegara Malaysia yang sering berbahasa Inggeris apabila berinteraksi dengan warga asing. “Ramai juga warganegara Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu walaupun ianya bahasa kebangsaan negara.

“Tindakan yang sewajarnya yang menuntut ketegasan dilakukan supaya semua warganegara Malaysia fasih berbahasa kebangsaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan telah menetapkan agar setiap urusan rasmi negara termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa perlu menggunakan bahasa Melayu.

Ismail Sabri berkata, beliau telah menggunakan bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama semasa melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.

Advertisements

Zainal Abidin berkata, Gapena amat berharap para perwakilan rasmi Malaysia di peringkat antarabangsa khasnya pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan serta Konsulat Malaysia seluruh dunia dapat memainkan peranan proaktif menyebarluaskan proses pengantarabangsaan bahasa Melayu.

“Di negara sendiri bahasa Melayu didaulatkan, di peringkat antarabangsa ianya dimuliakan,” kata beliau.

Beliau turut mencadangkan agar Jabatan Atace Pendidikan diberi peranan untuk mempertingkat penyebaran tersebut di samping diwujudkan jawatan guru bahasa di jabatan berkenaan.

“Acara-acara rasmi di peringkat antarabangsa merupakan acara yang berkala. Yang lebih utama ialah usaha yang berterusan lagi berkesan mengantarabangsakan bahasa Melayu,” katanya/

Zainal Abidin turut mencadangkan penubuhan segera Bahagian Bahasa Melayu Antarabangsa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berfungsi seperti British Council. – Edisi 9


Advertisements

Terkini

Lima beregu negara melangkah bergaya ke separuh akhir

LIMA beregu negara masing-masing dua beregu lelaki, dua beregu campuran dan satu beregu wanita melangkah bergaya ke separuh akhir...

Lagi Artikel Berkaitan