29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Gaji minimum RM1,500 perlu pertimbangan holistik – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTIMBANGAN secara holistik akan dibuat dengan mendengar ‘keluhan’ majikan dan seimbangkan kepentingan pekerja untuk memastikan pelaksanaan gaji minimum baharu RM1,500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata langkah itu mustahak bagi memastikan situasi ‘menang-menang’ antara majikan dan pekerja.

“Kita tengah buat libat urus dengan semua majikan untuk (tentukan) gaji minimum ini sebab ada syarikat yang mampu, ada syarikat terlalu kecil dan tak mampu.

“Kita takut kalau dia tak mampu nanti dia akan membuang pekerjanya. Nanti ia akan tambahkan angka pengangguran.

“Itu sebabnya kita minta Kementerian Sumber Manusia (KSM) duduk (bincang) dengan persatuan-persatuan, CUEPACS dan sebagainya termasuk majikan lain. Jadi sebelum kita umumkan, biar ada penerimaan daripada majikan.

“Kita tidak melindungi majikan, kepentingan kita juga adalah pekerja. Kalau pekerja dapat dinaikkan gaji minimum kepada RM1,500 memang itu yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata KSM juga sudah melaporkan kepada Kabinet berhubung perbincangannya mengenai perkara itu minggu lalu.

Beliau berkata, Kabinet meminta supaya KSM mengadakan perbincangan terlebih dahulu dengan pihak berkaitan sebelum kelulusan.

“Selepas sudah okey, bentang dalam Kabinet untuk kita luluskan. Insya-Allah kita prihatin tentang kos sara hidup hari ini yang mungkin perlukan peningkatan.

“(Bagaimanapun ada) SME (perusahaan kecil dan sederhana), makro, sederhana dan sebagainya tak mampu (melaksanakan gaji minimum RM1,500), akhirnya mereka buang pekerja kerana majikan tak mampu bayar gaji mereka.

“Jadi kita akan tengok pertimbangan keseluruhan, kepentingan pekerja dan dalam masa sama kita nak dengar pandangan daripada majikan juga,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan