25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pekan Kajang banjir kilat, Sungai Langat berada paras bahaya

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PARAS air Sungai Langat di Pekan Kajang mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya ekoran hujan lebat yang turun di sekitar kawasan tersebut petang ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keadaan itu merupakan kemas kini terbaharu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Hulu Langat sehingga pukul 5.45 petang.

“Aras air Sg Langat di Pekan Kajang mencecah paras bahaya dan mulai banjir,” katanya menerusi Facebooknya.

Beliau turut berkongsi status hujan yang masih lebat di lokasi berkenaan dengan bacaan tiga buah sungai yang dalam trend menaik.

Dua buah sungai lagi iaitu Sungai Langat di Taman West Country Kajang pula berada pada tahap waspada dengan trend menaik.

Manakala Sungai Jelok di Taman TTDI Grove masih berada di tahap normal namun bacaan turut dalam keadaan trend menaik.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial mula berkongsi keadaan pekan Kajang yang mula dinaiki air petang ini termasuk limpahan air di laluan Kajang menuju Semenyih.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, keadaan banjir di sekitar Kajang hanya banjir kilat memandangkan airnya sudah mulai surut.

Katanya, hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk Bandar Sungai Long dan Taman Lembah Mewah Kajang dinaiki air.

Advertisements

Kejadian kira-kira pukul 5.57 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa yang terperangkap.

Beliau berkata, kejadian pertama melibatkan kawasan apartment  Gien Court, Bandar Sungai Long.

Kata beliau, setibanya di lokasi, didapati berlaku limpahan air dari kolam berhampiran dengan kedalaman satu kaki.

“Bagaimanapun, telah surut sepenuhnya sebaik sahaja pihak bomba tiba di sana,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Norazam, kejadian kedua dilaporkan di Jalan Semenyih yang mana banjir kilat berlaku akibat hujan lebat di kawasan terbabit.

“Keadaan longkang tersumbat menyebabkan air naik dengan kedalaman dua kaki,  bagaimanapun semakin surut.

“Tiada sebarang pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan terlibat,” jelasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan