28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Projek HSR 2.0 masih belum muktamad – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN masih belum memutuskan sama ada Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Johor Bahru akan kekal terbatal atau bakal digantikan dengan cadangan pemulihan yang baharu.

Pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjelaskan, berdasarkan cadangan projek HSR yang baharu (HSR 2.0) adalah jauh lebih rendah.

“Saya ingin menekankan bahawa kemungkinan untuk menghidupkan semula projek HSR KL-Singapura ini masih dalam perbincangan peringkat awal. Oleh itu, pertanyaan sama ada kos projek boleh dikurangkan kepada RM50 bilion tidak berbangkit.

“Mengikut anggaran yang telah dibuat oleh Malaysia, di bawah model yang dicadangkan iaitu HSR 2.0, kos projek adalah jauh lebih rendah dengan kos cadangan HSR 1.0 atau HSR 2.0.

“Pada masa ini, kerajaan sedang dalam proses memindahkan syarikat MyHSR, syarikat bertujuan khas yang bertanggungjawab merundingkan hal-hal teknikal mengenai projek HSR daripada pengawasan Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pengangkutan,” jelasnya di Dewan Rakyat seperti dilaporkan Utusan Online.

Perkara ini berbangkit susulan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong pada 29 November yang lalu.

Dalam pertemuan itu, cadangan untuk merunding semula projek HSR antara Kuala Lumpur dan Singapura telah dibangkitkan.

Dalam responsnya, Perdana Menteri Singapura terbuka untuk menerima cadangan baharu daripada Malaysia untuk projek HSR itu.

Terdahulu, Lim Guan Eng (Bagan-PH) minta penjelasan daripada kementerian itu untuk menyatakan sama ada projek HSR akan dibatalkan untuk diganti dengan cadangan memulihkan HSR KL-Singapura.

Dalam soalan yang sama, Guan Eng bertanya mengenai anggaran kos kedua-dua projek dan bagaimana rundingan dengan Singapura dapat memastikan harga asalnya sebanyak RM100 bilion boleh dikurangkan kepada RM50 bilion.

-EDISI9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan