31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tempoh tunaikan bantuan khas dilanjut sehingga 31 Januari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan akan melanjutkan tempoh penunaian bagi bantuan-bantuan khas yang diumumkan kerajaan sebelum ini, sehingga 31 Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata, ia adalah bagi penerima bantuan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang terkesan akibat banjir.

“Bantuan-bantuan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) ini sepatutnya berakhir pada 31 Disember 2021,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini, lapor Bernama.

Sementara itu, Mohd Shahar berkata bantuan tunai langsung kerajaan pada 2021 berjumlah RM17.1 bilion dan disalurkan secara berterusan mulai Januari hingga Disember 2021 yang melibatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPR, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

“Paling terkini adalah pembayaran BKC Fasa 3 mulai 20 Dis, 2021 yang melibatkan 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 dengan nilai bantuan sebanyak RM300 dan implikasi kewangan berjumlah RM1.2 bilion,” katanya.

“Bagi 2022, kerajaan telah menyediakan bantuan tunai B40 dengan peruntukan RM8.2 bilion bagi BKM yang telah disediakan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan