26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Tun Mahathir dibenarkan pulang – IJN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUN Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini dimasukkan ke Insitut Jantung Negara (IJN) sudah dibenarkan pulang.

Bekas Perdana Menteri itu yang dimasukkan ke IJN pada 16 Disember lalu keluar daripada hospital itu sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

IJN dalam kenyataannya memaklumkan, Ahli Parlimen Langkawi itu telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan pulang mengikut jadual.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan beliau sepanjang dimasukkan ke IJN.

Untuk rekod, Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini pernah mendapat serangan jantung pada tahun 1989, dan dua lagi serangan jantung pada tahun 2006 di mana setahun kemudian beliau menjalani pembedahan pintasan kuadrup.

Kesemua rawatan jantung Dr Mahathir dan jangkitan dada seterusnya telah dirawat di IJN(IJN).-Edisi 9

Terkini

GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf jadi Institut Malaysia-China

PUSAT GiatMARA Bagan Datuk, Perak bakal dinaikkan taraf sebagai Institut Malaysia-China (MCI) yang akan memberi fokus dalam TVET bidang...

Lagi Artikel Berkaitan