32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

7,477 peserta Felcra Sarawak dapat durian runtuh

Felcra Bhd agih keuntungan sebanyak RM31.6 juta bagi tempoh interim 1 dan 2 tahun 2021

Mesti Baca

SEBANYAK 7,477 peserta Felcra wilayah Sarawak menerima durian runtuh menerusi agihan keuntungan Felcra Berhad, umum Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.

Menurut beliau, agihan keuntungan berjumlah RM31.6 juta itu bagi tempoh Interim 1 dan 2 tahun 2021.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Felcra dan juga peserta khususnya di Wilayah Sarawak hari ini atas penerimaan keuntungan yang dikongsikan.

“Ini menandakan usaha-usaha pemulihan ekonomi terus dipergiatkan dan berada di landasan yan tepat di mana Felcra berjaya menyalurkan agihan keuntungan yang lebih tinggi kepada pesertanya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Peserta Felcra Wilayah Sarawak di Kota Samarahan, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPLB II, Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Awang, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

Baca juga:   Dua kampus baharu Kolej Profesional MARA dibina tahun ini

Mahdzir berkata, Felcra akan terus memperkasakan kegiatan perladangannya bagi memastikan semua pesertanya mendapat manfaat yang maksima.

Berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Felcra Berhad mensasarkan untuk membuka lebih 1,000 hektar ladang baru di seluruh Sarawak.

Ia sekaligus bakal mewujudkan peluang dan manfaat kepada hampir 700 orang Peserta baru dari Sarawak.

“Berpaksikan dua teras utama iaitu Menstruktur Semua Ekonomi Negara dan Mempertingkat Infrastruktur Secara Menyeluruh, KPLB menekankan pemerkasaan program sosio-ekonomi demi mewujudkan suasana kehidupan luar bandar yang lebih sejahtera,” tambah Mahdzir.

Baca juga:   AMRDPE tumpu pelan basmi kemiskinan ASEAN 2021-2025

Kerajaan Persekutuan juga katanya, telah meluluskan peruntukan pembangunan ameniti sosial di Sarawak kepada Felcra Berhad berjumlah RM1.77 juta.

Ia merangkumi projek bagi peruntukan tahun 2021 sebanyak RM770 ribu dan RM1.0 juta bagi tahun 2022.

“KPLB terus komited dalam melaksanakan projek infrastruktur jalan raya, bekalan air, elektrik, kemudahan pendidikan dan kesihatan, ameniti sosial serta capaian internet melalui agensi pelaksana seperti Felcra dan agensi-agensi lain di bawah seliaannya.”

Pada majlis yang sama, Mahdzir turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar golongan B40 serta bantuan bakul makanan kepada 100 keluarga Felcra. – Edisi 9

Terkini

Hapus kuasa veto: Netizen puji kenyataan berani PM

KENYATAAN berani Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke -77...

Lagi Artikel Berkaitan