24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Penjawat awam enggan vaksin, tak jejas fokus kerajaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA segelintir daripada keseluruhan 1.6 juta penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19 dan perkara ini tidak harus menjejaskan fokus kerajaan dalam usaha pembangunan negara.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata, penjawat awam yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 mengikut jabatan adalah terlalu kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan penjawat awam yang ada ketika ini.

“Tumpuan utama JPA adalah ke arah pembangunan negara, melaksanakan Belanjawan 2022 serta Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dengan baik dan lancar.

“Bajet telah dibentangkan, peruntukan juga disediakan, penjawat awam perlu bersedia untuk melaksanakan projek, bantuan serta dasar kerajaan supaya ekonomi kembali pulih. Perkhidmatan awam memainkan peranan besar dalam pembangunan negara,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Beliau demikian selepas Majlis Amanat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam bersama Pengurus Sumber Manusia Negeri Sembilan di Wisma Negeri.

Advertisements

Mohd Khairul Adib berkata pihaknya telah mengarahkan ketua jabatan masing-masing agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap penjawat awam yang enggan divaksin berdasarkan pekeliling dan garis panduan yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan akan melihat secara holistik cadangan Bank Dunia dalam meningkatkan had usia persaraan 60 tahun penjawat awam di negara ini.

“Memang ada cadangan (meningkatkan had umur persaraan) daripada Bank Dunia secara berperingkat iaitu tahun demi tahun memandangkan tahap kesihatan rakyat dan fasiliti kesihatan bertambah baik dan canggih.

“Ramai yang masih boleh berkhidmat selepas berusia 60 tahun, jadi Bank Dunia mencadangkan supaya kita melihat semula, tapi ini terpulang kerana setiap tahun ada sekitar 500,000 siswazah keluar daripada institusi pengajian, perkara ini perlu diimbangi,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan