26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

5,097 kes harian direkodkan dalam tempoh 24 jam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 5,097 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,619,577 kes.

Jumlah berkenaan menurun 404 kes berbanding catatan kes harian semalam sebanyak 5,501 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://t.co/aIQttvCbIP.

“Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” menurut ciapan Twitter beliau di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian semalam untuk seluruh negara adalah 0.97.

Berdasarkan pecahan mengikut negeri Labuan menunjukkan kadar Rt tertinggi iaitu 1.22, diikuti Kedah (1.04) dan Putrajaya serta Pulau Pinang masing-masing 1.03.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan