28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4,922 kes jangkitan COVID-19 kembali menurun hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KES jangkitan baharu Covid-19 kembali menurun kepada 4,922 kes hari ini berbanding 5,713 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,497,265 kes.

Menurut beliau, terdapat 5,579 kes sembuh dilaporkan menjadikan kes kumulatif kini mencecah 2,401,823 atau 96.2 peratus.

“Daripada kes baharu tersebut, sebanyak 10 kes melibatkan tujuh warganegara; dan tiga bukan warganegara.

“Sementara itu, sebanyak 4,912 kes adalah penularan tempatan membabitkan seramai 4,690 warganegara atau 95.5 peratus dan 222 bukan warganegara atau 4.5 peratus.

Advertisements

“Terdapat 80 kes (1.6 peratus) yang dilaporkan daripada kes harian tersebut adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, 4,842 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2, “katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang turut dilaporkan membabitkan sejumlah 549 kes (529 kes disahkan COVID-19 ; 20 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula sebanyak 282 kes (214 kes disahkan COVID-19 ; 68 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),”katanya.

Ujar beliau lagi, sebanyak tiga kluster baharu turut dilaporkan menjadikan kluster aktif kini mencecah 355 kluster. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan