31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

28,033 unit rumah RKMAT untuk Keluarga Malaysia ATM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertahanan merangka Blueprint Perumahan 2.0 bermatlamat membina 28,033 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) yang selesa dan kondusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembinaan rumah berkenaan sebagai tumpuan khusus kepada agenda perumahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula tahun ini hingga 2030 di samping menyelenggara RKMAT sedia ada di seluruh negara.

Katanya, 2,000 unit RKMAT secara rasmi sedia diduduki yang memenuhi 85 peratus keperluan bagi anggota ATM di seluruh Lembah Klang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti perabot, perkakas elektrik, dewan serbaguna, gimnasium, surau dan beberapa unit kedai.

“Apa yang kita saksikan hari ini sangat bermakna kerana perbincangan dan persetujuan untuk menjadikan rumah mampu milik yang dibangunkan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LKAT) di Bukit Jalil ini ini telah dilaksanakan semasa saya Menteri Kanan Pertahanan.

“Keperluan RKMAT ini amat dekat dengan saya. Pada tahun lalu, sewaktu saya berkhidmat sebagai Menteri Kanan Pertahanan, hal ini menjadi keutamaan saya di mana saya menyedari dan memahami keperluan perumahan bagi anggota ATM.

Baca juga:   Wajarkah lagi UMNO terus berada dalam Perikatan Nasional?

“Ketika itu saya bersetuju kerana tahu masih ramai anggota ATM khususnya warga Tentera Darat terpaksa menyewa di sekitar Lembah Klang atas faktor kekurangan kuarters atau RKMAT di wilayah ini lebih-lebih lagi kos sara hidup agak tinggi dan melebihi kadar Imbuhan Tetap Perumahan diterima,” katanya di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Baca juga:   Keluarga Malaysia tidak berada dalam ‘denial syndrom’

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan RKMAT di Taman LTAT, Bukit Jalil yang turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein: Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ismail Sabri, kerajaan juga akan membina 10,200 unit RKMAT dan kuarters Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara menyorot Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang telah dibentang dan diluluskan baru-baru ini.

Untuk rekod, katanya, 8,852 unit daripada jumlah tersebut khusus untuk anggota ATM; 1,509 unit dalam proses pembinaan manakala 7,343 dalam proses perolehan.

Dalam pada itu, beliau berkata, tahap kemudahan yang sama akan diberikan di RKMAT lain selain menyambut baik komitmen disuarakan Menteri Pertahanan bersama LTAT akan terus bekerjasama demi memastikan perancangan ke hadapan berkaitan perumahan ATM di bawah RMK12 dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Kepada para anggota ATM khususnya yang bakal mendiami RKMAT, tahniah saya ucapkan. Manfaatkanlah kemudahan ini dengan sebaik mungkin dan jaga kediaman ini seperti kediaman sendiri,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Keluarga Malaysia di New York duta kecil negara

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan