31.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Tiada kematian COVID-19 di Labuan dan Putrajaya

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Tiada kematian COVID-19 dilaporkan di Labuan dan Putrajaya berdasarkan data dipaparkan pada laman web COVIDNOW, setakat semalam.  

Bagaimanapun, Sarawak mencatatkan kematian tertinggi COVID-19 dengan 40 kes daripada 192 kes kematian keseluruhan yang dicatatkan.

Daripada jumlah 192 kes kematian itu, sebanyak 89 kes adalah kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari sehingga semalam. 

Ini menjadikan jumlah kematian COVID-19 di seluruh negara mencecah 26,335 kes.  

Terdapat 47 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dengan jumlah kumulatif kes BID di seluruh negara sebanyak 5,279 kes.

Dalam pada itu, negeri lain yang mencatatkan kematian ialah Johor (34), Perak (23), Pulau Pinang (21), Sabah (20), Selangor (18), Kedah (9), Terengganu (8), Kuala Lumpur (7), Melaka (4), Perlis (4), Negeri Sembilan (2), Pahang (1) dan Kelantan (1).

Baca juga:   11 lagi penghuni di pusat jagaan diselamatkan - Rina

Sementara itu, sebanyak 164,536 kes aktif dilaporkan melibatkan 136,436 kes (82.9 peratus) dikuarantin di rumah, 18,263 kes (11.1 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,913 kes (5.4 peratus) di hospital, 414 kes (0.3 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 510 kes (0.3 peratus) di ICU dengan bantuan pernafasan. – Edisi 9

Terkini

AirAsia mansuh pemakaian pelitup muka dalam penerbangan

AIRASIA Malaysia (AK) mengumumkan pemansuhan pemakaian pelitup muka dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta berikutan pengumuman kerajaan tidak lagi mewajibkan...

Lagi Artikel Berkaitan