25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 24, 2023

Negara buka pintu untuk pelancong antarabangsa Disember ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NEGARA dijangka akan membuka pintu masuk negara kepada pelancong antarabangsa mulai Disember ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Walau bagaimanpun, beliau berkata, ketika ini kementerian akan memantau terlebih dahulu Projek Rintis Pulau Langkawi yang akan bermula 15 November ini.

“Namun begitu, memang kita sudah bersiap sedia dari segi prosedur operasi standard (SOP).

“Walaupun, kita meletakkan tempoh tiga bulan, saya rasa tidaklah sampai tiga bulan. Jadi, saya rasa kita boleh buka (untuk pelancong antarabangsa) lebih awal dari itu.

“Jadi, kita doakan agar ia boleh berlaku dalam masa terdekat lagi selepas 16 November ini, dan mungkin awal Disember. Itu bukan janji saya, tetapi kita cuba,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Karupaiya MutusamI (PH-Padang Serai) yang mahu tahu garis masa pembukaan sektor pelancongan di seluruh negara kepada pelancong asing.

Baca juga:   Tarikh PRN Sarawak diumumkan Rabu ini - SPR

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi akan dimulakan pada 15 Nov dengan pematuhan SOP.

Kumpulan sasaran bagi gelembung pelancongan itu antaranya pelancong berkualiti dan individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19.

Sebelum itu, Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis) meminta menteri menyatakan perancangan memperkenalkan gelembung perjalanan ke Sarawak, sebagaimana yang telah dimulakan di Langkawi.

Baca juga:   Agensi pelancongan dibenar beroperasi serta-merta

Menjawab pertanyaan tersebut, Nancy berkata MOTAC kini dalam fasa akhir melaksanakan persediaan untuk menyambut kembali ketibaan pelancong asing.

“Projek Rintis Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi ini akan menjadi kayu pengukur kepada pembukaan lebih banyak Gelembung Perjalanan Antarabangsa ke destinasi-destinasi lain yang berpotensi berdasarkan penilaian sewajarnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum dibawa kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri untuk dipertimbangkan, “katanya.

Dalam masa yang sama, sejak projek rintis Langkawi tersebut dilaksanakan, Nancy berkata, lebih 100,000 pelawat dari seluruh negara telah mengunjungi pulau lagenda itu dalam tempoh 16 Sept hingga 15 Okt lalu.

Jelas beliau, kegiatan pelancongan yang kembali aktif memberi impak positif bukan sahaja kepada entiti perniagaan pelancongan semata-mata.

Malah, katanya, limpahan ekonomi hasil daripada aktiviti tersebut serta sektor rantaian, turut membawa perkembangan yang baik kepada masyarakat setempat.

“Dalam menjayakan inisiatif projek rintis ini, SOP Gelembung Pelancongan Langkawi telah dibangunkan agar kita dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 di kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan Langkawi,” tambah beliau.-Edisi 9

Baca juga:   'King' naik pangkat jadi kenderaan polis?


Wartawan

Terkini

MOU PKNS, Samsung beri nilai tambah kepada pembeli

PERBADANAN Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengadakan kerjasama dengan Samsung Malaysia Electronics bagi memberikan nilai tambah kepada pembeli hartanahnya. Ketua Pegawai...

Lagi Artikel Berkaitan