30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Rakyat Malaysia ditahan seludup dadah RM431.8 juta di Australia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang warga Malaysia yang disyaki menyeludup dadah di negara berkenaan.

Pengarahnya, Datuk Razarudin Husain berkata, semua tindakan perlu akan diambil JSJN dalam memastikan aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah dapat dibanteras tanpa kompromi.

“Media melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM 431.8 juta ke negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, pihak berkuasa Australia mengumumkan merampas dadah berkenaan menerusi satu siri serbuannya semalam.

Advertisements

Pegawai Kanan Polis, Krissy Barret berkata, ia juga adalah rampasan dadah terbesar di negara tersebut.

Kesemua bekalan dadah itu disembunyikan dalam kontena yang diisytiharkan membawa bungkusan berisi jubin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan