28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Sekolah-sekolah beralih fasa kekal ketetapan sebelum ini – KPM

Ketetapan pengoperasian sekolah berdasarkan fasa baharu PPN hanya dilaksanakan dua minggu selepas tarikh peralihan fasa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKOLAH-SEKOLAH di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) yang berada di negeri-negeri beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) kekal dengan ketetapan yang diumumkan sebelum ini, dan pelaksanaan fasa baharu hanya bermula dua minggu selepas tarikh peralihan.

KPM dalam satu kenyataan berkata, ini bermakna bagi sekolah-sekolah di negeri Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal menggunakan ketetapan di Fasa 3.

“Ini turut melibatkan kemasukan bagi murid Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) sekolah rendah serta murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 4 sekolah menengah.

“Kehadiran murid Tahap 2 (Tahun 4, 5, dan 6), sekolah rendah serta kelas peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sekolah menengah bagi negeri Melaka, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan bermula 8 November iaitu seminggu selepas negeri-negeri tersebut memulakan pengoperasian berdasarkan ketetapan Fasa 4 PPN,” kata kenyataan itu hari ini.

KPM berkata, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM bagi negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah pula terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN pada 18 Oktober.

Menurutnya, apabila negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah beralih ke Fasa 3, 18 Oktober ini (esok), pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 bagi negeri Kedah akan bermula pada 31 Oktober.

Advertisements

“Manakala, bagi negeri Pulau Pinang, Perak dan Sabah, pengoperasian institusi pendidikan berdasarkan ketetapan Fasa 3 akan bermula 1 November.

“Pengoperasian fasa 3 PPN ini melibatkan murid prasekolah, murid berkeperluan khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional dan Program Pendidikan Khas Integrasi, Tingkatan 6 Semester 2.

“Selain itu, murid Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya/ harian/ sektor swasta, International Baccalaureate Diploma serta kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level, Australia Higher School Certificate dan IBD) dan kelas peperiksaan antarabangsa yang lain.

Pengoperasi institusi pendidikan di bawah KPM ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah Kerajaan Negeri.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan