32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Penganggur bunuh ibu bapa kandung berdepan hukuman mati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG penganggur berhadapan dengan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan selepas didakwa di Mahkamah Majistret Lipis hari ini atas pertuduhan membunuh ibu dan ayah kandungnya di Kampung Kemahang, Benta, Pahang pada 4 Oktober lalu.

Memetik laporan Kosmo Online, bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan tenang dan mengangguk faham selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Aisyah Ahmad.

Mengikut pertuduhan pertama pada 4 Oktober lalu antara pukul 11 malam hingga 12 malam tertuduh Ahmad Hafizuddin Mohammad,31, telah membunuh Mohamad Maasai, 68 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta.

Bagi pertuduhan kedua pula pada tarikh yang sama antara pukul 11 malam hingga 12 malam tertuduh didakwa membunuh Zailan Zainudin, 64, di rumah dan kampung yang sama.

Dengan itu tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati.

Baca juga:   Cemburu motif pembunuhan kejam pesara tentera

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamad Noh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Muhammad Muhairi meminta agar tertuduh dirujuk ke hospital psiakiatri bagi melakukan ujian mental dan memohon mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh.

Siti Aisyah kemudiannya memerintahkan tertuduh dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Johor Bharu selama sebulam mengikut Seksyen 342 (5) Kanun Tatatacara Jenayah.

Baca juga:   Leher mayat mangsa bunuh Jalan Bangsar dikelar

Mahkamah kemudian menetapkan 11 November depan bagi sebutan semula kes. – Edisi 9

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan