33.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 29, 2024

Lelaki rogol, bunuh adik ipar ditangkap polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki kerana disyaki merogol dan membunuh adik iparnya dalam kejadian di sebuah kampung di Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, penahanan berkenaan susulan laporan diterima pihaknya pada 6.30 petang mengenai kematian remaja perempuan berusia 17 tahun.

Menurutnya, bedah siasat dilakukan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘Asphyxia’ atau lemas udara.

“Malah, terdapat kesan luka di muka, tengkuk dan kesan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dengan kerjasama anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan menahan suspek pada 4 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, pemeriksaan fizikal ke atas suspek yang bekerja sebagai pemotong kelapa sawit mendapati terdapat kesan calar pada bahu kiri belakang disyaki dicakar.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 6 November untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-EDISI9

Terkini

Hanya 15 peratus pengguna elektrik terkesan kenaikan SST

HANYA 15.7 peratus atau 1.29 juta pengguna residensi akan terkesan dengan kenaikan cukai perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada...

Lagi Artikel Berkaitan