29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

21 individu ditahan di pusat hiburan langgar SOP

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 21 individu terdiri pelanggan sebuah pusat hiburan di Mergong, Kedah ditahan polis selepas satu serbuan dilakukan di pusat hiburan itu, malam tadi.

Serbuan berkenaan dilakukan pada pukul 10 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

Hasil pemeriksaan premis itu mendapati telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) berikutan pusat hiburan masih tidak dibenarkan beroperasi ketika Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Dua.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai 21 individu yang terdiri dari pelanggan pusat hiburan itu masing-masing telah dikompaun RM2,000, manakala penganjur pula RM25,000 kerana melanggar SOP.

“Semua individu, termasuk seorang daripadanya pekerja warga Myanmar dan penganjur premis berkenaan, berusia antara 20-an hingga 40-an” katanya selepas menyertai serbuan mengejut di pusat hiburan itu, lapor Harian Metro.

Advertisements

Turut serta, Timbalannya, Datuk Mohd Roze Shaari serta ketua jabatan dari IPK Kedah.

Beliau berkata, daripada pemeriksaan lanjut mendapati kebanyakan mereka melakukan kesalahan termasuklah tidak mendaftar My Sejahtera, berkumpul dan berhibur dalam bilik tanpa penjarakan fizikal serta ada yang masih belum divaksin.

“Pemeriksaan dilakukan dalam setiap bilik di pusat hiburan berkenaan dan mendapati mereka gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan