27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Mengisi semangat patriotisme selepas 16 September

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh MOHD ZAINI OTHMAN

MERIAH di corong radio memainkan lagu Tanggal 31 Ogos dendangan Allahyarhan Sudirman Hj Arshad serta lagu-lagu lain seumpamanya apabila menjelang Hari Kebangsaan.

Memandang ke pejabat kerajaan, premis perniagaan dan tiang-tiang lampu di jalanan meriah digantung Jalur Gemilang.

Menyelak helaian surat khabar dan menonton berita dipaparkan pengkongsian kisah-kisah dari mereka yang pernah berjuang mempertahankan maruah kedaulatan negara.

Ini semua merupakan sebahagian daripada ‘rutin’ tahunan yang kita lihat apabila negara berada dalam Sambutan Bulan Kebangsaan bagi meraikan dua hari penting pembentukan negara iaitu Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Pengisian seperti ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyemarakkan rasa kecintaan rakyat Malaysia kepada watan bertuah ini serta menjentik jiwa-jiwa kita untuk menginsafi dan menghayati makna besar kemerdekaan yang dikecapi negara sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini yang dipilih menjadi lokasi sambutan meraikan tarikh bersejarah pembentukan Malaysia secara tersurat menoktahkah di atas kertas bahawa Bulan Kebangsaan yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melabuhkan tirainya.

Advertisements

Walaupun sambutan Bulan Kebangsaan telah berakhir ia tidak seharusnya turut menguburkan dan menghentikan sebarang usaha untuk terus memupuk semangat patriotisme kepada masyarakat kita khususnya generasi muda.

Menyuburkan patriotisme tidak seharusnya menjadi aktiviti yang bermusim kerana kita mahukan rakyat Malayia sentiasa cintakan negara sepanjang masa.

Tetapi ia bukanlah terletak sepenuhnya di atas pundak Kerajaan semata-mata, ia adalah tanggungjawab semua pihak untuk digalas bersama seperti badan korporat, pemimpin masyarakat, pendidik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan yang paling dekat adalah institusi keluarga.

Merenung jauh ke hadapan, apabila semakin bertambah usia negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan di tahun-tahun mendatang bermakna pada waktu itu kita juga semakin kita kehilangan pencerita kisah-kisah kemerdekaan negara.

Ini kerana insan-insan yang berjuang bermandikan keringat dan darah serta mempertaruhkan nyawa dihujung senapang musuh ini sudah tiada lagi di dunia untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka yang amat berharga tersebut.

Penulis merasakan bahawa kisah-kisah dari veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melalui zaman sebelum dan awal kemerdekaan inilah yang generasi semasa dan hadapan perlu dengar dan hayati kerana darinya akan terbit rasa keinsafan dan kecintaan pada negara.

Penulis mencadangkan untuk agensi Kerajaan yang bersesuaian untuk mula mengumpulkan dan membukukan kisah-kisah dari veteran ATM dan PDRM sebanyak yang mungkin dan kemudiaannya diedarkan di seluruh perpustakaan sekolah, awam dan institusi pendidikan tinggi.

Tujuan murninya agar ia boleh menjadi bahan bacaan rujukan yang bermanfaat untuk membugar patriotisme sepanjang masa tanpa menunggu Bulan Kebangsaan menjelma.

  • Penulis adalah Timbalan Pengarah Pusat Komunikasi Strategik di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan