27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kod Kandungan disemak elak salah guna, iklan mengelirukan

Orang ramai digalak memberi maklum balas melalui rundingan awam ini untuk memastikan Kod Kandungan versi 2021 mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna komunikasi dan multimedia Malaysia.

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Kod Kandungan) yang menggariskan amalan dan standard terbaik untuk kandungan semua platform media digital akan disemak semula.

Semakan semula itu bagi menangani jurang polisi dalam mengawal selia kandungan dan mempermudahkan kawal selia kendiri dalam kalangan pengguna.

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan) bagi tujuan itu, pihaknya akan mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai cadangan semakan semula kod tersebut.

Forum tersebut dalam satu kenyataan berkata, proses rundingan awam itu akan berlangsung bermula mulai akhir September sehingga awal November tahun ini.

Katanya, fokus utama rundingan awam tersebut untuk memastikan kelangsungan amalan baik dalam industri kandungan, yang sekaligus akan meningkatkan tahap perlindungan kepada pengguna.

“Antara semakan yang dicadangkan termasuk melindungi pengguna daripada iklan yang mengelirukan dan tidak bertanggungjawab seperti iklan yang mengeksploitasi agama, kanak-kanak dan juga iklan yang menyalahgunakan pihak ketiga, seperti pempengaruh (influencer).

“Semakan ini juga memperkasakan hak orang kurang upaya (OKU) dan melindungi masyarakat umum daripada penyalahgunaan dan keganasan berdasarkan gender dalam talian (online gender-based violence),” katanya hari ini.

Advertisements

Forum itu berkata, Kod Kandungan adalah sumber rujukan utama bagi semua pihak. Ianya menggariskan amalan dan standard terbaik untuk pembuatan dan penggunaan kandungan yang bertanggungjawab di semua platform media digital.

Ia merupakan satu garis panduan dan tatacara berhubung peruntukan kandungan melalui amalan kawal selia kendiri yang dibangun untuk memperkasa pengguna serta merangsang, mempromosi dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Kod Kandungan tersebut dibangunkan bukan sahaja untuk pengamal industri malah juga buat pengguna awam, dari penghasil kandungan, penyiar dan pengguna merangkumi badan penyiaran, pencipta kandungan, pengiklan, pempengaruh media sosial dan lain-lain.

Manakala Forum Kandungan pula adalah sebuah forum industri yang ditubuhkan untuk memantau dan menggalakkan kawal selia kendiri kandungan melalui rangkaian media elektronik, dengan sokongan SKMM.

Sehubungan itu, orang ramai digalak memberi maklum balas melalui rundingan awam ini untuk memastikan Kod Kandungan versi 2021 mengambil kira keperluan dan kehendak pengguna komunikasi dan multimedia Malaysia.

Maklumat lanjut mengenai langkah penyertaan rundingan awam ini boleh didapati di laman sesawang www.contentforum.my.

“Forum Kandungan akan sentiasa berusaha untuk menjadi forum yang proaktif melalui komunikasi berterusan dengan pengguna menerusi aktiviti seperti dialog, forum, bengkel, kaji selidik dan program-program kesedaran yang lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan